Life goes on
Begitu cepat masa berlalu..sedar tak sedar sudah 3 bulan lebih aku menghuni di negeri yang kaya dengan adat perpatih ini..Aku masih teringat lagi pada mulanya aku agak keberatan untuk bekerja di daerah ini..yup..jauhnye berbatu-batu dari negeriku..sudah pasti agak susah untuk aku menjenguk keluarga nun jauh di sana..namun bila memikirkan kerjaya dan masa depan yang lebih penting..aku turutkan sahaja kata hatiku..dan sekarang ternyata aku tidak silap membuat perhitungan..kini aku bahagia dengan dunia kecil yang aku ciptakan di sini..walaupun ianya tidak seindah atau seceria kehidupan di kampus dahulu namun
aku dapat rasakan sesuatu yang lebih bermakna buat aku..kehidupan di sini banyak merubah segala-galanya dan biarlah aku sahaja yang menyimpan khazanah rahsia itu...
Seperti mana bumi yang setia berputar pada paksinya...begitu juga tahun yang tidak jemu untuk menambahkan lagi satu angka di belakangnya..Kini 2006 telah pergi meninggalkan kita..2007 mula melabuhkan tirainya dan kini bermulalah episod baru..Arghh..bagiku 2006 begitu indah untuk ditinggalkan..begitu banyak kenangan manis dan pahit yg amat sukar untuk dilupakan..kenangan yang manis itu akan sentiasa tersemat di hatiku selama-lamanya dan kenangan pahit akan ku cuba lontarkan jauh-jauh dari hidup ini..Mengingati kenangan pahit seolah-olah cuba melarikan diri dari tangga kebahagian..Hanya kesedihan yang menyelubungi
hari-hariku..Tetapi memang agak susah untuk melupakan semua yang berlaku dalam hidup kita terutamanya persitiwa yang membuat kita menangis kerana kesedihan..Namun bila berfikir sejenak, tidakkah dunia ini terlalu indah untuk dinikmati?? hidup hanya sekali dan amat merugikan jika aku terus bersedih dan bersedih...
So, Sempena tahun baru..aku nak ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2007 kepada semua..Semoga sentiasa berada dalam sihat & sejahtera..
If you are single, wish you find your lover and get married soon..if you are married, wish you love each other more, and have a smart little baby.
If you are a man, wishing you will be more handsome and stronger and if you are a girl, wishing you will be even more beautiful, and become more considerate.
Wishing you happiness! Enjoy your life!

Happy new year 2007
Posted by: Ku Izrul | January 4, 2007 06:27 PM