« Samson - Kenangan Terindah | Main | What are Seven Wonders of the world?? »

Wednesday, 20 September 2006

Yang hidup akan pergi juaa...

18 September 2006 kini menjadi satu tarikh penting dalam hidupku..akan ku ingat tarikh keramat ini sampai bila-bila..selepas 3 tahun pemergian datuk, kali ini nenek pula pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya...Sedih di hatiku hanya Tuhan saja yang tahu..Apabila mendapat tahu berita pemergian nenek, air mataku tak henti-henti mengalir ke pipi..Di saat melihat nenek dimandikan, dikapankan & ditalkinkan aku tidak dapat menahan sebak..mata redupnye yang pernah merenung aku kini terpejam buat selama-lamanya..aku tidak boleh lagi memandang sinar yang terbit dari matanya..namun, aku tahu tidak elok sekiranya membiarkan air mata kita jatuh..Dan aku mendapat kekuatan untuk memberi penghormatan terakhir buat nenek dengan mengucup dahi & pipinya..Pipi & dahinya amat sejuk sekali ketika dikucup seolah-olah nenek bermandikan ais..Air mataku laju mengalir tatkala melihat esakan & tangisan daripada adik2 & sepupu-sepupuku yang lain...namun aku redha dengan pemergian nenek..Biar lah dia pergi sekarang kerana aku tidak sanggup melihat dia menderita lebih lama lagi...hanya yang mampu aku lakukan sekarang adalah berdoa kepada Allah agar roh nenek dicucuri rahmat & semoga perjalanan beliau ke sana dimudahkan oleh-Nya..Tetapi apabila aku berseorangan, terimbas kembali memori lama di saat aku bersama-sama nenek..ketika itu nenek masih lagi sihat & aku pada ketika itu masih lagi bersekolah. Setiap cuti sekolah mak & ayah akan membawa aku menghabiskan cuti di rumah atuk & nenek..Walaupun aku tidak berapa rapat dengan mereka, namun setiap kali aku berada di rumah mereka..akan aku abiskan masa terluang dengan mendengar cerita daripada mereka..Aku masih ingat aku cukup suka bila nenek bercerita kisah dia & atuk pergi menunaikan haji ke Mekah..Pelbagai kisah menarik yg mereka ceritakan untuk cucu-cucunya & mereka selalu mengajar kami; cucunya supaya jangan meninggalkan solat & sentiasalah berbuat baik..Aku masih ingat lagi mereka amat terhibur apabila aku menyanyikan lagu "rajin adik rajin" semasa aku kanak-kanak..Bahkan setiap kali mereka melihat aku..pasti mereka akan memeluk & menyuruh aku menyanyikan lagi itu..Sekarang aku dah lupa lirik lagu itu..cuma yang aku ingat lagu tuh memberi semangat utk kanak2 belajar..Dan lagu itu jugalah yg aku jadikan sebagai pendorong utk menuntut ilmu...Alhamdulilah, akhirnya lagu itu membawa aku ke puncak kejayaan..Terima kasih atuk & nenek...Namun itu semua cerita lama..kehidupan ini tidak terlalu panjang untuk dinikmati..Setiap pertemuan, perpisahan, ajal & maut telah ditetapkan oleh nya..Kini aku hanya mampu mengingati mereka dalam ingatanku..Tiada lagi ku dengar bebelan si tua yg amat menyentuh jiwaku, tiada lagi ayat-ayat suci Al-Quran yg diperdengarkan beliau selepas setiap kali solat..tiada lagi Asma al-Husna yg dilaungkan beliau bersama cucu-cucunya & tiada lagi kata-kata azimat yg ku dengar dari mulut nenek..Namun, mereka tetap dalam ingatanku buat selama-lamanya kerana aku amat menyayangi mereka..kepada kengkawanku yang terbaca tentang apa yang aku tulis ini, sudilah mensedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada arwah nenek saya...Semoga die tenang di sana..Amin

 

Comments

takziah..
sarah tak sampai 2 bulan baru kehilangan ayah dan datuk..
Allah lebeh sayangkan ayah..cukup2 2 minggu ayah meninggal datuk plak mengikuti ayah..
ramadhan dan syawal kali neh betol2 kekurangan, terutama sekali insan yang paling disayangi..

Oh..ye ke..huhu~ takziah jugak untuk sarah k..harap sarah bersabar & tabah untuk hari2 mendatang...marilah kita sama2 berdoa untuk mereka yg telah tiada...

Post a comment

Post a comment

Name:

You are currently signed in as .